1 kilang diarah lupus sisa toksik serta-merta - Utusan Malaysia

1 kilang diarah lupus sisa toksik serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Satu daripada 30 kilang berisiko tinggi yang diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) ekoran insiden pencemaran udara di sini sudah diarah melupuskan sisa toksiknya serta merta.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, pihaknya bagaimanapun belum dapat memastikan sama ada sisa toksik tersebut mempunyai kaitan dengan insiden pencemaran yang berlaku ketika ini.

“Maklumat lanjut berhubung jenis sisa kimia dan jumlahnya (yang dilupuskan) akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Pusat Kawalan Operasi Bencana di Menara Aqabah, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini