Kenapa pertikai sekarang? - Macma Kelantan - Utusan Malaysia

Kenapa pertikai sekarang? – Macma Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) negeri menempelak pihak yang mempertikai usaha dakwah Majlis Agama Islam dan Adat Isyiadat Melayu Kelantan (Maik) kepada masyarakat Orang Asli di negeri ini.

Pengerusinya, Dr. Johari Yap berkata, mengapa perkara ini menjadi isu sekarang sedangkan pihak Maik telah aktif berdakwah kepada Orang Asli sejak dekad 1980-an dan sehingga kini kira-kira 5,000 Orang Asli sudah memeluk Islam.

Beliau berkata, golongan yang mengkritik itu seolah-olah menuduh Maik memaksa Orang Asli masuk Islam sekali gus kononnya telah melakukan tindakan yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan kebebasan agama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenapa isu ini ditimbulkan sekarang? Jika benar mereka ini dipaksa memeluk Islam, sudah lama keseluruhan orang Asli di Kelantan menjadi Islam. Tetapi dakwah Maik adalah dengan menonjolkan keindahan Islam kepada mereka.

“Sebagaimana dalam ayat al-Quran, tiada paksaan dalam memeluk Islam. Mereka ini memeluk Islam kerana terpikat dengan keindahan Islam sebagaimana kaum lain seperti Cina, India dan Siam yang memeluk Islam,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kritikan terhadap Maik berikutan kenyataan Timbalan Yang Dipertuanya, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi baru-baru ini tentang sasaran mengislamkan kesemua Orang Asli di negeri ini dalam tempoh 30 tahun lagi.

Johari berkata, beliau berharap agar pihak tersebut berlaku adil dan tidak hanya menyerang Islam dan agensi berkaitan Islam yang bertanggungjawab menyebarkan dakwah.

“Pihak Kristian juga giat dengan kegiatan Kristianisasi kepada orang Asli. Sebab itu kita boleh lihat ramai juga orang Asli yang menjadi Kristian. Kenapa pihak tersebut tidak mempertikaikan gerakan Kristianisasi ini?

“Sedangkan gerakan dakwah Islam di negara Malaysia di mana Islam adalah agama Persekutuan, kenapa dipertikaikan pula. Sungguh tidak wajar. Semoga Maik terus tabah dan istiqomah dalam usaha dakwah ini,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini