Bas wajib miliki Sijil PPP - Utusan Malaysia

Bas wajib miliki Sijil PPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Semua bas yang siap dibina diwajibkan memiliki Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (PPP) bermula 1 Julai ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan itu akan bermula diperingkat pembina badan bas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan Sijil PPP ini adalah tertakluk di bawah peruntukan Seksyen 66(1)(a), 66(1)(pp), 66(1)(oo) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah 9, 9A, 137 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Pelaksanaan) 1959.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat dua aspek utama yang ditekankan sebelum pengeluaran Sijil PPP ini iaitu pembinaan struktur utama badan bas yang mematuhi UN United Nation Regulation (UN R)66 (Strength of superstructure (buses)) dan pemasangan tempat duduk penumpang perlu mematuhi UN R80 (Strength of seats and their anchorages (buses)).

“Pelaksanaan Sijil PPP ini merupakan satu usaha kerajaan ke arah mengamalkan pendekatan ‘self certification’dan ‘self regulation’ dalam industri pembinaan bas,” katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, pendekatan tersebut mampu mengaplikasikan peraturan UN yang telah dikuat kuasakan oleh pihak JPJ bersama pihak industri pengeluar bas dalam memastikan bas yang dibina lebih diyakini tahap keselamatannya.

Tambahnya, JPJ sentiasa komited dan memberi keutamaan dalam membentuk persekitaran jalan raya yang selamat kepada semua pengguna jalan raya di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini