Op Terminal Bas: JPJ tahan 4 individu positif dadah - Utusan Malaysia

Op Terminal Bas: JPJ tahan 4 individu positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG 25 Jun – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan seramai empat individu ditahan Op di Terminal Bas yang dilakukan sempena musim perayaan bermula 29 Mei hingga 13 Jun lalu.

Keempat-empat individu terbabit masing-masing berusia 53 dan 40 tahun itu ditahan sebelum memandu bas berikutan didapati positif dadah jenis ganja dan syabu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, kesemua individu terbabit ditahan di empat terminal berasingan iaitu Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam; Terminal Bas Meru Jaya, Perak; Terminal Bas Sg. Nibong, Pulau Pinang dan Terminal Bas Bukit Lagi, Perlis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita telah memberi amaran kepada pemandu dan syarikat bas supaya mematuhi segala peraturan ditetapkan, namun mereka gagal berbuat demikian.

“Secara keseluruhan kita telah memeriksan sebanyak 28 terminal bas sepanjang Op di Terminal bas. Kesemua individu ditahan diserahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Shaharuddin mengadakan lawatan di kilang pembuatan bas di Pioneer Coachbuilders Sdn.Bhd. di Telok Gong di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Urusannya; Ir Khaw Aku Ou.

Dalam perkembangan lain, Shaharuddin berkata, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 68 saman dalam Op Penyamaran Hari Raya Aidilfitri kepada pemandu bas ekspres yang melanggar peraturan.

Jelasnya, anggota JPJ telah membuat penyamaran di atas 576 bas ekspres di seluruh negara bagi tempoh yang sama dengan Op di Terminal Bas.

“Hasil penyamaran kita mendapati masih ramai lagi pemandu yang melakukan kesalahan. Kita telah mengeluarkan saman sebaik sahaja bas tiba di lokasi.

“Sebanyak 25 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu di lorong kanan secara berterusan; tatakelakuan pemandu seperti merokok(12); menggunakan telefon bimbit semasa memandu (11); memotong garisan berkembar(3); memandu lorong kecemasan(1); tiada pemandu kedua (1) dan lain-lain kesalahan sebanyak 15 saman,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini