Anggota polis ditipu peniaga telefon bimbit - Utusan Malaysia

Anggota polis ditipu peniaga telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis mendakwa ditipu peniaga telefon bimbit yang disyaki telah ‘mengambil’ wangnya ketika melakukan urusan jual beli di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada 21 Jun lalu.

Menurut sumber, mangsa berusia 36 tahun itu memaklumkan bahawa dia pergi ke kedai berkenaan untuk membeli telefon bimbit pada pukul 6.30 petang.

“Mangsa menjelaskan seorang peniaga yang sedang menunggu pelanggan di hadapan premis telah memintanya masuk ke dalam premis terbabit kerana dikatakan bimbang wang anggota polis terbabit ‘dilarikan’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peniaga itu meminta mangsa membuat pembayaran sebanyak RM2,500 untuk telefon bimbit yang dibelinya. Mangsa mendakwa ketika membuat pembayaran dia terdengar bunyi wang jatuh di atas lantai lalu menegur lelaki itu, namun tidak diendahkan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut sumber memberitahu, selepas selesai mengira, peniaga terbabit memaklumkan wang berkenaan tidak cukup sebanyak RM300.

“Mangsa yang berang dan curiga bertindak memijak sebuah kerusi untuk melihat wang yang dipercayai dijatuhkan sebelum ini muncul seorang lelaki dari dalam kios itu mengaku sebagai pemilik kedai,” ujarnya.

Dalam laporan dibuat, mangsa turut memaklumkan pemilik kedai telefon bimbit berkenaan menyatakan seorang pegawai kanan polis di Kuala Lumpur adalah kenalan baik mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visivanathan Abdullah, ketika ditemui, di sini hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini