Lelaki Muslim diseksa sehingga mati, 11 ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki Muslim diseksa sehingga mati, 11 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Seramai 11 orang ditahan selepas didakwa terbabit dalam kes pembunuhan membabitkan seorang lelaki Muslim yang diseksa dan dipaksa membaca slogan agama Hindu.

Dua pegawai polis turut digantung tugas kerana gagal mengendalikan kes terbabit dengan baik.

Mangsa, Tabrez Ansari, 24, menerusi video yang tular di media sosial negara ini, dilihat menangis dan merayu ketika dia dipaksa membaca slogan agama Hindu di negeri Jharkhand.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tabrez didakwa terbabit dalam rompakan oleh penduduk kampung.

Dia diikat di tiang dan dipukul selama 12 jam sebelum polis menahannya di Seraikela sebelum membawanya ke hospital.

“Kamu sudah menahan 11 orang. Dua anggota polis digantung tugas kerana mereka gagal memaklumkan kepada pegawai atasan tentang kes itu dan cuba mengendalikan kes tersebut dengan sendiri,” kata Ketua Polis Seraikela, Karthik S. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini