SABAK BERNAM – Seorang penjenayah yang disyaki terlibat dalam lima kes pecah rumah di daerah ini diberkas ketika sedang menjamah makanan di sebuah restoran di Sungai Besar di sini, Jumaat lalu.
Penahanan suspek lelaki berusia 30 tahun itu dilakukan pukul 9 malam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, suspek dikatakan sedang menunggu penjual susulan membawa sebuah komputer riba yang dipercayai dicurinya sebelum ini.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek menyasarkan pejabat tapak projek perumahan, balai raya dan rumah penduduk dengan aktif sejak awal tahun lalu.
“Kita turut merampas beberapa barangan dipercayai hasil curi seperti jam tangan, telefon pintar, dua mesin pam air dan mesin jet air serta papan solat berpelekat dianggarkan
bernilai RM3,000.
“Hasil ujian air kencing mendapatu suspek positif dadah jenis MOP,” katanya pada sidang akhbar sini hari ini.
Jelas Nor Azmi, hasil soal-siasat suspek mengaku terlibat dalam lima kes pecah rumah dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE











