KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menganjurkan Bicara Teknologi (Technology Talk) di UCSI hotel, Kuching, Sarawak, esok.
Program yang akan berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 4 petang itu akan dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, Datu Dr Wan Lizozman Wan Omar.
“Kami mengalu-alukan kehadiran wakil dari agensi kerajaan dan sektor swasta terutama yang berkaitan dengan industri pembalakan, syarikat kayu-kayan, pihak berkuasa tempatan, pengurusan taman negeri, pengusaha resort dan pengurusan tanaman hutan.
“Penyertaan program ini adalah percuma. Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi setiausaha di alamat emel [email protected],’’ kata FRIM dalam satu kenyataan di sini hari ini – UTUSAN ONLINE











