Penganggur miliki dadah ditahan - Utusan Malaysia

Penganggur miliki dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang penganggur berusia 49 tahun selepas didapati memiliki dadah di depan lobi sebuah hotel di Limbang, Sarawak semalam.

Portal Utusan Borneo melaporkan, lelaki itu ditahan pada pukul 1 petang.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pemeriksaan mendapati suspek menyimpan dadah di dalam kotak rokok di poket hadapan sebelah kiri seluarnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan menemukan lima tiub penyedut minuman berwarna hijau yang berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu,” katanya.

Tambahnya, suspek turut mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan akan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini