Dadah: wanita warga Indonesia ditahan - Utusan Malaysia

Dadah: wanita warga Indonesia ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Indonesia dan pasangannya warga tempatan ditahan selepas kegiatan mereka menjadikan sebuah hotel sebagai sarang untuk menyalahgunakan dadah dihidu poliS di Limbang, Sarawak semalam.

Portal Utusan Borneo melaporkan, pasangan tersebut ditahan sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kedua-dua suspek ditahan ketika berada di dalam sebuah bilik hotel.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan di badan lelaki tersebut, kita menjumpai satu bekas tin di dalam poket sebelah kanan seluar yang dipakai olehnya.

“Pemeriksaan lanjut dalam bekas tin tersebut, kita menjumpai satu peket plastik yang di dalamnya berisi tiga peket plastik dan satu tiub straw yang berisi dadah syabu dan satu peket plastik yang berisi dua biji pil disyaki dadah,” katanya.

Menurut Abang Zainal, pemeriksaan lanjut di dalam bilik tersebut menemukan satu lagi beg kecil mengandungi satu peket plastik berisi dua biji pil disyaki dadah.

Ujarnya, dadah jenis syabu seberat 3.6 gram bernilai RM300 dan empat biji pil ecstasy seberat 1.5 gram bernilai RM200 dirampas dalam operasi itu.

“Hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapat kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Manakala suspek lelaki mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau dan mereka akan ditahan di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini