Elaun sasterawan bukti DAP hormat bahasa Melayu - Utusan Malaysia

Elaun sasterawan bukti DAP hormat bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Elaun bulanan untuk sasterawan negara membuktikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

negara.

Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, sasterawan negara menyumbang peranan yang besar kepada negara dan merupakan institusi nasional yang penting dalam memupuk jati diri

Memuatkan artikel berkaitan…

negara dan memperkasa pemikiran serta budaya kebangsaan.

Menurutnya, sehubungan itu, DAP Perak menyambut baik peruntukan elaun sara hidup sebanyak RM5,000 setiap bulan yang diberikan kepada penerima Anugerah Sastera Negara.

“Peruntukan melalui Kementerian Pendidikan itu dilihat selari dengan janji manifesto PH untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

“Tanpa menolak atau menghalang penguasaan bahasa lain seperti bahasa Cina dan Tamil, DAP sememangnya menghormati Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Aziz, peruntukan itu akan meringankan beban dan kepayahan yang dilalui oleh sasterawan negara sebagai mana yang pernah dimanifestasikan oleh Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr. A Samad Said melalui mogok seni sewaktu pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, pemberian elaun itu jelas memberi tamparan kepada UMNO dan Pas yang dilihat sebagai pejuang bahasa Melayu namun tidak pernah membela golongan itu.

“Elaun ini juga sebagai bukti jelas bahawa PH termasuk parti DAP bukanlah pengkhianat bahasa Melayu.

“Sebaliknya kami menghormati kepelbagaian bahasa sambil menyanjung bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini