Graduan ditemukan mati dengan minuman keras - Utusan Malaysia

Graduan ditemukan mati dengan minuman keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMUT PRAKAN – Seorang graduan sebuah universiti ditemukan mati bersama sejumlah minuman keras di sebuah kondominium dekat daerah Bang Bo, awal pagi tadi.

Bangkok Post melaporkan, Jirapat Lin-anupawa, 24, dijumpai terbaring di atas katilnya selepas kira-kira pukul 1.30 petang selepas rakan-rakannya yang gagal menghubungi mangsa sejak Jumaat lalu meminta penyelia kondominium tersebut membuka pintu rumahnya.

Turut ditemukan berdekatan mayat mangsa adalah dapur api dan periuk yang masih berasap.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa yang dijumpai memakai seluar jean meninggalkan nota permohonan maaf kepada ibu, nenek dan seorang individu tidak dikenali.

Jirapat sebelum ni pernah mencuba untuk membunuh diri sebelum diselamatkan rakan-rakannya.

Polis dalam pada itu meneruskan siasatan bagi mengetahui punca kejadian.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini