600 meriahkan program Jalinan Muhibah PPKI - Utusan Malaysia

600 meriahkan program Jalinan Muhibah PPKI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Seramai 600 orang menghadiri program Jalinan Muhibah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Permaisuri Nur Zahirah dekat sini semalami.

Mereka terdiri daripada pelajar PPKI dari 25 buah sekolah rendah dan 11 buah sekolah menengah di daerah ini selain guru-guru, ibu-bapa dan staf sokongan yang bertugas di kelas tersebut.

Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Wan Salmah Wan Hamat turut hadir bagi memeriahkan program tersebut yang diserikan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam ucapannya, Wan Salmah berkata, prestasi pelajar PPKI kini semakin menonjol sama ada melalui bidang ko kurikulum dan juga kurikulum berbanding pelajar arus perdana.

“Ini terbukti apabila pelajar berkenaan berjaya dalam bidang sukan padang dan balapan serta majlis tilawah al-Quran dan hafazan di peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan,” jelasnya dalam majlis itu.

Pencapaian itu katanya, berjaya melonjakkan nama sekolah yang diwakili dan menjadi kebanggaan semua warga pendidikan di negeri ini.

Menurutnya, secara tidak langsung, kejayaan itu telah membuka mata semua pihak bahawa pelajar PPKI mempunyai kebolehan setanding dengan murid arus perdana jika diberi galakan dan sokongan.

“Warga PPKI perlu bekerja sebagai satu pasukan supaya kemahiran, pengetahuan dikongsi bersama untuk menempa lebih banyak kejayaan,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini