Polis rampas heroin bernilai RM51,400 - Utusan Malaysia

Polis rampas heroin bernilai RM51,400

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Polis merampas dadah dipercayai jenis heroin seberat 4.9 kilogram (kg) bernilai RM51,400 selepas menahan tiga lelaki di Taman Nusa Bestari, Skudai di sini Ahad lalu.

Dalam serbuan bermula pada pukul 4 petang itu, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menahan ketiga-tiga suspek berusai 25 hingga 30 tahun dalam dua serbuan berasingan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, sebelum serbuan dibuat, polis memerhati sebuah kereta yang dinaiki tiga suspek di tempat letak kereta di hadapan sebuah restoran di Taman Nusa Bestari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kira-kira setengah jam kemudian, dua lelaki keluar dari kereta dengan seorang membimbit beg sandang manakala pemandu kereta tersebut memandu beredar dari kawasan tersebut.

“Polis menahan kedua-dua lelaki berkenaan dan memeriksa beg menemui bungkusan balutan kertas surat khabar mengandungi ketulan berwarna coklat disyaki heroin seberat 4,965g.

“Pihak kita berjaya menjejaki seorang lagi rakan suspek dan menahannya di hadapan sebuah stesen minyak di Taman Nusa Bestari,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini