Sindiket hasilkan arak tiruan tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket hasilkan arak tiruan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG – Polis menumpaskan sindiket menghasilkan arak tiruan selepas menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Kajang di sini yang dijadikan tempat memproses dan membungkus arak berkenaan.

Serbuan kira-kira pukul 4 petang semalam itu hasil daripada penahanan seramai lapan lelaki termasuk seorang warga tempatan berusia antara 22 hingga 50 tahun dalam tiga serbuan di beberapa kawasan di negeri ini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, hasil serbuan di rumah berkenaan polis merampas pelbagai barangan dipercayai bagi memproses dan membungkus arak tiruan serta cecair disyaki arak.

Antaranya, kata beliau, sebanyak empat unit mesin pembungkus botol; 1,000 penutup botol berwarna hitam; 600 botol plastik kecil dan besar serta 90 keping pelekat kertas tertera jenama.

“Turut dirampas adalah sebanyak 20 tong berisi cecair putih disyaki alkohol dan 96 botol berisi pewarna makanan berperisa oren,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Che Zaimani, dalam serbuan berkenaan, pihaknya turut merampas botol dan tin berisi bahan disyaki arak dengan pelbagai jenama di dalam kotak yang dibungkus di dalam plastik hitam.

Katanya, botol yang dirampas itu terdiri daripada 1,876 botol kaca; 144 botol plastik besar; 234 botol plastik kecil dan 3,480 tin pelbagai jenama.

“Tin dan botol itu dibungkus di dalam kotak dan disusun mengikut jenama disyaki arak,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapti sindiket berkenaan menjalankan kegiatan itu sejak kira-kira empat tahun lalu.

Tambahnya, sindiket itu juga dipercayai menjadi punca kepada beberapa kes kematian akibat keracunan metanol yang dilaporkan di negeri ini sebelum ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×