5 anggota, pegawai polis direman kes minta suapan - Utusan Malaysia

5 anggota, pegawai polis direman kes minta suapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan lima anggota termasuk seorang pegawai polis berpangkat inspektor bagi membantu siasatan kes menerima wang suapan bernilai RM6,000 membabitkan kesalahan pemilikan air ketum pada Mac lalu.

Kesemua suspek lelaki yang berusia antara 25 hingga 50 tahun itu dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin ditahan antara pukul 5 petang hingga 11 malam tadi.

Sebelum itu, kesemua suspek hadir di pejabat SPRM negeri di Alai bagi memberikan keterangan berhubung kes itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka kini direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek termasuk dua koperal dan dua konstabel itu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh kira-kira pukul 11.15 pagi tadi dengan masing-masing memakai baju T dan seluar jean.

Difahamkan wang suapan itu diterima sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan atas kesalahan memiliki air ketum daripada seorang lelaki berusia lingkungan 30-an pada Mac lalu.

Pengarah SPRM Melaka, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini