Cubaan seludup dadah bernilai RM249,600 gagal - Utusan Malaysia

Cubaan seludup dadah bernilai RM249,600 gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menggagalkan usaha seorang lelaki menyeludup keluar 10,820 pil ekstasi dan Eramin 5 bernilai RM249,600 dalam satu serbuan di perairan Pulau Merambang, Tanjung Kupang, di sini Ahad lalu.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, suspek berusia dalam lingkungan 30-an mencampakkan karung guni berisi dadah tersebut dalam kawasan paya bakau sebelum melarikan diri ke perairan Indonesia.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketika mengadakan Ops Pintasan, pasukan PPM Wilayah Dua telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila menyedari kehadiran pasukan polis, suspek kemudian bertindak memecut laju bot yang dinaikinya dan dikejar pasukan polis selama 15 minit.

“Suspek kemudiannya mencampak satu karung guni ke dalam kawasan paya bakau sebelum meloloskan diri dengan memasuki perairan negara jiran,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, hasil pemeriksaan ke atas karung guni mengandungi 5,820 biji pil ekstasi dan 5,000 pil eramin 5 bernilai kira-kira RM249,600. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini