Malaysia Airlines tetap dihati - Mohamad - Utusan Malaysia

Malaysia Airlines tetap dihati – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, isu melibatkan kekesalannya dengan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd. (Malaysia Airlines) tidak perlu diperbesarkan dan dianggap sudah selesai.

Sambil menyifatkan Malaysia Airlines sentiasa dihati, beliau berkata, perkara itu telah selesai dengab baik dan mereka (Malaysia Airlines) tidak perlu membuat permohonan maaf.

“Malaysia Airlines sentiasa dihatiku, walaupun saya bukan jadi menteri dulu saya pemegang kad platinum Malaysia Airlines kerana selalu menggunakan perkhidmatan syarikat ini jika ke luar negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masalah saya dengan Malaysia Airlines sudah selesai dengan cara bertemu dengan pihak mereka dan saya juga telah berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail bagi membincangkan perkara ini.

“Bagaimanapun Malaysia Airlines tetap jadi pilihan saya untuk penerbangan dalam dan luar negara,” katanya ketika ditemui dalam majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kementeriannya di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Zuki Ali dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini