Latheefa Koya angkat sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM Ke-14 - Utusan Malaysia

Latheefa Koya angkat sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM Ke-14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah telah berkenan berangkat ke majlis mengangkat sumpah pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-14 di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut kenyataan SPRM, Seri Paduka pada

4 Jun lalu, telah memperkenankan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 1 Jun 2019 hingga 31 Mei 2021.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, Latheefa, 46, yang berpengalaman luas dalam bidang guaman dan perundangan merupakan lulusan Sarjana Muda Undang-undang (LL.B)(Kepujian) dari University of London.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Professionalisme), Datuk Ja’afar Mahad dan Pengarah Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Datuk Nor Azmi Karim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini