Uruguay ‘pakai otak’ jinakkan Chile - Utusan Malaysia

Uruguay ‘pakai otak’ jinakkan Chile

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO – Uruguay mempamerkan sikap dan mentaliti yang betul ketika menewaskan juara bertahan, Chile 1-0 untuk muncul juara Kumpulan C, kata penjaring gol kemenangan, Edinson Cavani.

Penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu menanduk masuk gol tunggal perlawanan ketika permainan berbaki lapan minit lagi untuk ditamatkan sekaligus menjadi garis pemisah antara kedua-dua pasukan.

“Ada masa kami bermain baik dan ada masa bermain agak kurang baik. Tetapi yang pasti menggunakan sikap dan mentaliti yang mampu merampas keputusan perlawanan,” kata pemain berusia 32 tahun itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun untuk menganggap lawan mereka di suku akhir iaitu Peru adalah mudah, ia bukan pendekatan yang diamalkan pasukan Uruguay dalam menilai kemampuan lawan yang bakal dihadapi.

“Kami hanya mahu muncul juara kumpulan tanpa memperdulikan siapa lawan kami selepas ini. Yang penting tunjukkan imej baik dan terus kekalkan sikap dan mentaliti seperti sekarang,” tambahnya.

Chile walaupun menurunkan penyerang utamanya, Alexis Sanchez akur dengan kekuatan dalaman Uruguay dalam perlawanan yang seimbang dan sengit tersebut.

“Kami kalah kepada kekuatan yang dimiliki Uruguay. Tidak dinafikan ia perlawanan yang sengit. Kami tahu kualiti yang dimiliki pasukan lawan kerana sistem permainan mereka yang sukar dibaca,” kata jurulatih Chile, Reinaldo Rueda.

Chile akan menentang Colombia di suku akhir dan mereka perlu bangkit untuk meneruskan cabaran walaupun menyedari ia adalah satu perlawanan yang sukar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini