PASIR GUDANG – Pencemaran udara yang berlaku buat kali kedua di dearah ini ketika ini menunjukkan kelemahan kerajaan negeri dan agensi berkaitan dalam menguruskan bencana.
Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Mohd. Mazri Yahya berkata, ini kerana pihaknya melihat situasi yang berlaku kini amat jarang kerana terjadi di tempat sama dalam tempoh beberapa bulan sahaja.
“Apabila bencana seumpama ini berlaku, sedikit sebanyak ia mencalarkan imej dan mengundang persepsi negatif terhadap peranan badan berkaitan pengurusan alam sekitar yang terlibat di negara ini.
“Apatah lagi ia berlaku di tempat yang sama tetapi dengan punca berbeza. Ia hanya menggambarkan kelemahan daripada sudut penguatkuasaan dan pemantauan badan-badan alam sekitar terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE











