Campak ekstasi, Eramin 5 bernilai RM249,600 - Utusan Malaysia

Campak ekstasi, Eramin 5 bernilai RM249,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki gagal menyeludup keluar 10,820 pil ekstasi dan eramin 5 bernilai RM249,600 apabila diserbu sepasuka Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di kawasan perairan Pulau Merambang, Tanjung Kupang di sini Ahad lalu.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, suspek berusia dalam lingkungan 30-an bagaimanapun berjaya meloloskan diri ke perairan Indonesia selepas mencampak karung guni ke dalam kawasan paya bakau.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, sebelum kejadian, pasukan PPM Wilayah Dua menerusi Ops Pintasan mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah menyedari kehadiran pasukan polis, suspek memecut laju bot yang dinaikinya sebelum dikejar selama 15 minit.

“Suspek kemudiannya mencampak satu karung guni ke dalam kawasan paya bakau sebelum meloloskan diri mamasuki perairan negara jiran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, hasil pemeriksaan ke atas karung guni mengandungi  5,820 biji pil ekstasi dan 5,000 pil eramin 5 bernilai kira-kira RM249,600.

Beliau berkata, suspek dipercayai cuba menyeludup keluar dadah tersebut ke negara jiran melalui Pulau Karimun dan  Tanjung Balai, Indonesia.

Jelasnya, dadah jenis mendapat permintaan di negara jiran kerana dijual pada harga yang lebih tinggi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini