Bas baharu dibina wajib ada Sijil PPP bermula 1 Julai - Utusan Malaysia

Bas baharu dibina wajib ada Sijil PPP bermula 1 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG 25 Jun – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan pengeluaran Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (PPP) untuk semua pembinaan bas baharu yang dibina bermula 1 Julai hadapan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, penguatkuasaan sijil tersebut akan termaktub untuk semua jenis bas tempatan sahaja, tidak termasuk import berikutan dilengkapi dengan PPP.

Menurut Shaharuddin, mengikut statistik, setakat ini sebanyak 61,734 bas dibina oleh syarikat tempatan manakala 4,494 pula diimport.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melalui sijil ini, terdapat dua aspek yang akan ditekankan sebelum pengeluaran PPP iaitu pembinaan utama badan bas perlu mematuhi United Nation Regulation 66(UNR66) dan pemasangan tempat duduk penumpang juga perlu mematuhi UNR80.

“Sebelum ini sudah ada pemeriksaan tetapi JPJ hanya tandatangan pengesahan dokumen bas telah siap sahaja. Bagaimanapun, kita melihat penguatkuasaan tidak kemas, oleh demikian dengan adanya Sijil PPP yang diwajibkan kepada semua bas baharu dibina, JPJ akan membuat pemantauan dan pemeriksaan semula untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di kilang pembuatan bas di Pioneer Coachbuilders Sdn.Bhd. di Telok Gong di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Urusannya; Ir Khaw Aku Ou.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini