Sanchez perlu berada dalam kesebelasan utama - Utusan Malaysia

Sanchez perlu berada dalam kesebelasan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Alexis Sanchez perlu bermain secara konsisten sama ada di Manchester United atau bersama kelab lain, kata legenda Chile, Ivan Zamorano.

Sanchez menyertai United dari Arsenal pada Januari 2018 tetapi gagal mencapai prestasi terbaik sepanjang berada di Old Trafford dan hanya beraksi dalam sembilan aksi Liga Perdana Inggeris dengan satu gol.

Pemain berusia 30 tahun itu bagaimanapun berjaya meledak dua gol bersama Chile di Copa America tetapi Zamorano percaya aksi kurang cemerlang sepanjang aksi itu membuktikan dia kurang beraksi bersama kelab.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia juga berharap, Sanchez yang sedang dikaitkan dengan Juventus akan berada dalam kesebelasan utama musim hadapan.

“Dia perlu bermain secara kerap tidak kira bersama kelab mana, United atau pasukan lain.

“Dia perlu konsisten dalam pasukan. Saya bercakap mengenai pengalaman dan sukar untuk berada di tahap terbaik jika dia kurang beraksi.

“Alexis sudah lama tidak bermain bersama United tetapi apabila dia bersama Chile, dia menjadi watak berbeza dan itu yang cuba dilakukannya,” kata Zamorano.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini