Wirawati Putra berasa terkilan dengan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida kamarudin yang mengatakan tiada KEPERLUAN mahupun KEPENTINGAN RCI ditubuhkan untuk menyelesaikan kes kematian Arwah Muhammad Adib Mohd. Kassim yang dianggap suatu tragedi ketika bertugas demi negara. Muhammad Adib adalah seorang wira.
Wirawati Putra memandang serius akan kepincangan yang berlaku sepanjang proses inkues melibatkan campur tangan Peguam Negara, Tommy Thomas yang memberikan arahan supaya peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga bomba, Syazlin Mansor mengundurkan diri.
Lebih mengejutkan laporan polis yang dibuat mendakwa terdapat unsur ugutan ke atas pakar saksi professional dan peguam Syazlin sepanjang inkues berjalan.
Zuraida menerangkan inkues sedang berjalan dengan baik malangnya rakyat terang-terangan melihat jelas pelbagai campur tangan dan kalihan kuasa yang cuba menutup kebenaran terutama dengan dakwaan ugutan yang membimbangkan.
Pejabat Peguam Negara patut bertanggungjawab dengan segala tuduhan campur tangan sepanjang inkues berlangsung. Keadilan paksi kedaulatan undnag-undang Negara seperti dipersenda.
Beberapa hari lalu, Presiden Putra, Datuk Dr. Ibrahim Ali sudah mengeluarkan kenyataan mendesak RCI ditubuhkan untuk Muhammad Adib agar keadilan sebenar boleh dilaksanakan tanpa campur tangan pejabat PEGUAM NEGARA.
Dengan tertubuhnya RCI, rakyat dapat menerima keputusan dengan lebih baik serta sistem keadilan yang sebenar dapat dipulihkan di mata rakyat Malaysia. Lantikan Suruhanjaya Diraja semestinya lebih berintegriti serta mendapat perkenan DIRAJA.
Kes arwah Muhammad Adib bukan kes kecil yang boleh diperkotak katikkan dan dianggap ditolak ketepi tetapi telah menjadi sebuah kes berprofil tinggi dalam mengingatkan kejadian tragedi paling menyayat hati terkorban ketika berbakti. Ia isu keadilan.
Kembalikan keyakinan rakyat Malaysia serta sistem undang-undang sebenar dengan tertubuhnya RCI Untuk Muhammad Adib.
Mata rakyat Malaysia sedang memerhati tajam Pejabat Peguam Negara serta Kementerian Zuraida. Laksanakan tanggungjawab berpaksikan kedaulatan undang undang. Integriti perlu dipasakkan.
Dr. Asmah Razalli
Ketua Wirawati Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra)
*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.











