ATBTR kumpul dana bantu Mohamad Yasin - Utusan Malaysia

ATBTR kumpul dana bantu Mohamad Yasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Sebanyak RM16,820 berjaya dikumpulkan oleh pasukan bola sepak ATBTR 10 untuk disumbangkan kepada kanak-kanak warga Myanmar, Mohamad Yasin Mohammmed Rafique yang menderita penyakit yang menyebabkan kepalanya membesar melebihi saiz normal.

Sumbangan tersebut dikumpulkan melalui inisiatif Jaringan Untuk Kebajikan yang dicadangkan oleh salah seorang pemain, Reyess Shaqeel Emir Ghanalingam

 

Bagi setiap gol yang dijaringkan oleh pasukan ATBTR 10 , derma dikumpulkan daripada mereka yang memberi ikrar untuk program tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dana yang terkumpul seterusnya disalurkan kepada tabung pembiayaan pembedahan Mohamad Yasin yang akan berusia tiga tahun pada 24 Julai ini.

Mohamad Yasin memerlukan dana sebanyak RM11,500 untuk menampung kos pembedahan keduanya dan orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB Bank Yayasan Chow Kit yang bernombor 8001143136. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini