Sweden singkir Kanada - Utusan Malaysia

Sweden singkir Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS — Pasukan yang dibarisi ramai pemain berbakat dan menjanjikan potensi besar, Kanada akhirnya tersingkir daripada Piala Dunia Wanita dengan cara paling mengecewakan di Stadium Parc des Princes hari ini.

Gol tunggal Stina Blackstenius dan sepakan penalti Janine Beckie yang diselamatkan Hedvig Lindahl pada hujung permainan membolehkan Sweden menang 1-0, sekali gus menempah pertemuan suku akhir dengan Jerman, Sabtu ini.

Ini kali kedua berturut-turut Kanada, pasukan ranking kelima dunia tersingkir di peringkat 16 akhir, biarpun mempamer permainan menghiburkan sepanjang kejohanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya rasa seperti telah mengecewakan seluruh pasukan. Tidak dapat dijelaskan betapa hancurnya hati saya ketika,” kata penyerang Manchester City, Beckie.

Kanada beraksi baik sepanjang perlawanan, namun berdepan isu sama seperti aksi-aksi sebelumnya iaitu gagal menemui penyudah.

Permainan bertahan yang diserapkan Sweden menyukarkan mereka untuk menembusi gawang apabila pemain lawan sentiasa berada di belakang bola dan sesekali melakukan serangan balas.

Jaringan Blackstenius, 10 minit memasuki babak kedua berpunca daripada serangan balas selepas dia menyudahkan hantaran pemain tengah, Kosovare Asllani untuk menewaskan penjaga gol berpengalaman, Stephanie Labbe.

“Saya rasa, kami dihukum hanya kerana satu kegagalan untuk menangani serangan balas lawan.

“Sepanjang perlawanan, pemain kami melakukan banyak percubaan, membuat hantaran-hantaran lebih baik dan menguasai permainan, namun inilah bola sepak.

“Anda akan dihukum jika gagal menjaringkan gol, dan satu sahaja kesilapan sudah cukup untuk membawa perbezaan,” kata jurulatih Kanada, Kenneth Heiner-Moller. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini