Mengapa 'beberapa kerat' sibuk mahu hantar Zakir Naik ke India? - Mufti Perlis - Utusan Malaysia

Mengapa ‘beberapa kerat’ sibuk mahu hantar Zakir Naik ke India? – Mufti Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
mempersoalkan tindakan segelintir pihak di negara ini yang berterusan mendesak agar pendakwah Islam terkemuka Dr. Zakir Naik (DZN) dihantar pulang ke India.

Dalam satu hantaran di Facebook, Dr. Mohd Asri yang berkongsi berita yang berlaku di India bertajuk ‘Mati dibelasah 12 jam’ berkata, kejadian dalam berita itu adalah realiti yang terjadi negara berkenaan.

“Itulah yang berlaku di India. Mengapa beberapa kerat yang ada di Malaysia ini sibuk untuk menghantar DZN ke India? Padahal mereka tahu itulah realiti di India,” tulis Dr. Mohd Asri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berita tersebut melaporkan polis di India memburu kira-kira sedozen orang kerana menyeksa seorang lelaki Muslim selama beberapa jam.

Ini termasuk memaksa lelaki itu melaungkan slogan yang lazim digunakan pelampau Hindu dan merakamnya dalam video yang tular di media sosial sejak mangsa meninggal dunia.

Dalam Video berdurasi 10 minit itu puluhan lelaki memukul Tabrez Ansari sambil memaksa beliau melaungkan slogan yang sering digunakan golongan pelampau berhaluan kanan Hindu di India.

Lelaki itu mati di hospital pada Sabtu lalu iaitu empat hari selepas dia diserang, diikat pada tiang dan dibelasah lebih 12 jam kerana didakwa melakukan kecurian di Jharkhand.- UTUSAN ONLINE  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini