AS kenakan sekatan terhadap Ayatollah Ali Khamenei - Utusan Malaysia

AS kenakan sekatan terhadap Ayatollah Ali Khamenei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 25 Jun – Amerika Syarikat (AS) semalam mengenakan sekatan terhadap Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan pemimpin tertinggi tentera negara itu sekali gus meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara.

Semasa menandatangani langkah kewangan punitif di Pejabat Oval, Presiden Donald Trump menyifatkan tindakan itu sebagai reaksi tegas Amerika terhadap peningkatan provokosi oleh Iran.

“Kita tidak minta konflik berlaku dan sekatan ini hanya akan dihentikan bergantung kepada respons Iran mungkin esok atau bertahun-tahun lagi,” kata Trump. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×