Blu Coffee perkenal transaksi tanpa tunai sepenuhnya di Malaysia - Utusan Malaysia

Blu Coffee perkenal transaksi tanpa tunai sepenuhnya di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Restoran baharu berkonsep minuman kopi, Blu Coffee memperkenal transaksi perniagaan tanpa tunai sepenuhnya di negara ini.

Menurut Pengerusi Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia (DEUM), Datuk Seri Khairul Khuzaini Zamsani, kaedah pembayaran tersebut menjadikan urusan jual beli lebih mudah tanpa penggunaan wang tunai sebenar.

“Blu Coffee merupakan produk baharu yang ingin diperkenal dalam kalangan usahawan dan bakal usahawan termasuk pihak koperasi di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sasaran kami ialah sebanyak 600 orang pemegang francais termasuk 30 pemegang francais di Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar berhubung projek khas DEUM di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengasas Blu Coffee, Shen Set Ho, Pengarah Urusan Blu Coffee, Isabelle Nah dan Ketua Pengarah World Class Business, Datuk Seri Ahmad Kushairi Bani Hashim.

Khairul Khuzaini menjelaskan, pihak DEUM akan mengadakan kerjasama pintar dengan badan bukan kerajaan seperti Perbadanan Hal Ehwal Bekas Ang­katan Tentera (Perhebat) bagi melantik ahli-ahlinya untuk memegang francais Blu Coffee.

Tambah beliau, dengan RM80,000 pemegang francais boleh memulakan perniagaan berkonsep karavan dan diberi panduan dan produk kopi setaraf francais kopi antarabangsa.

Sementara itu, Set Ho menjelaskan Blu Coffee beroperasi dengan konsep dalam talian hingga luar talian (O20) menggunakan transaksi imbasan kod QR dalam WeChat Ekosistem melibatkan pelanggan dan rakan niaga secara tanpa tunai sepenuhnya,” katanya.

Jelas beliau, perniagaan bersifat pemasaran pintar tersebut perlu direbut oleh usahawan muda memandangkan transaksi kewangan dan pengurusan lebih selamat dan sistematik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini