BDB Land lancar projek rumah bernilai RM45 juta - Utusan Malaysia

BDB Land lancar projek rumah bernilai RM45 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bina Darulaman Bhd. melalui BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land), telah melancarkan fasa terbaharu projek perumahan Simfoni West di Bandar Darulaman, Jitra dengan nilai pemba­ngunan kasar (GDV) bernilai RM45 juta.

Pengarah Eksekutif BDB Land, Tunku Fauzi Tunku Abdul Malek berkata, fasa baharu itu dikenali sebagai Akustika dan Duet II.

Ia merangkumi 75 unit rumah model Akustika berharga RM360,000 dan 28 unit model Duet II berharga RM472,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua model ter­sebut terdiri daripada rumah jenis teres dua tingkat dan rumah berkembar satu tingkat yang mampu memenuhi permintaan penduduk khususnya yang tinggal di kawasan ber­kenaan dan Alor Setar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Fauzi menjelaskan, da­ripada 28 unit rumah daripada projek Duet II, 12 daripadanya telah ditempah manakala 49 peratus model Akustika atau 37 unit daripadanya turut ditempah pelanggan.

“Pelancaran kali ini melibatkan 75 unit rumah teres dua tingkat bagi Akustika dan 28 unit rumah berkembar satu tingkat bagi Duet II dengan nilai GDV masing-masing RM13.24 juta dan RM32.30 juta,” katanya.

Dalam majlis yang sama, BDB Land turut mengumumkan pemenang cabutan ketiga kempen Badaboom Beli Rumah Idaman Dan Bawa Pulang Kereta Baharu yang telah berlangsung sebelum ini.

Wan Nor Aniza Wan Hassan yang merupakan seorang guru diumumkan sebagai pemenang bertuah bagi cabutan berkenaan sekali gus membawa pulang sebuah kereta Pe­rodua Alza apabila beliau membeli rumah berkembar dua tingkat Sapphire di Darulaman Perdana, Sungai Petani dengan harga RM666,211.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini