GEMBIRA. Kemeriahan Syawal masih dirasai apabila seramai 150 orang murid serta guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Perian, Jerantut, Pahang mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri di sekolah itu baru-baru ini.
Guru Besar SK Perian, Abu Samah Jonit berkata, jamuan itu diadakan untuk memberi peluang kepada guru dan murid menikmati suasana kemeriahan Aidilfitri.
“Guru dan murid juga memakai busana baharu supaya lebih ceria untuk memeriahkan sambutan hari raya di peringkat sekolah.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kami juga bergotong-royong membakar lemang, merebus ketupat dan memasak rendang termasuk kuih-muih untuk dihidangkan semasa jamuan ini,” katanya.











