'Ikan emas' gergasi di tasik AS berusia 100 tahun - Utusan Malaysia

‘Ikan emas’ gergasi di tasik AS berusia 100 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRAINERD, Minnesota – Seekor ikan gergasi berwarna oren terang sepanjang 91 sentimeter dan berat 14 kilogram ditemui di dalam sebuah tasik di Amerika Syarikat (AS).

Pakar-pakar berkata, walaupun kelihatan seperti ikan emas, ia sebenarnya spesies ikan kerbau mulut besar yang mengalami mutasi.

Ditemui di Tasik Brainerd Lakes, ikan tersebut dipercayai berusia sekurang-kurangnya 100 tahun, demikian menurut seorang pakar biologi dari Universiti Negeri Dakota Utara, Dr. Alec Lackmann.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang pemancing, Jason Fugate, 33, memancing ikan itu tetapi keliru melihat warna terang haiwan tersebut.

Kata Fugate, dia mengetahui ikan itu daripada jenis kerbau mulut besar kerana banyak memancingnya sebelum ini, namun keliru kerana ia mempunyai warna oren terang.

Ikan kerbau mulut besar biasanya berwarna kelabu gelap dan biasanya lebih gelap daripada ikan kerbau mulut kecil. Ikan itu berupaya hidup sehingga usia 110 tahun.

“Saya tahu ia ikan kerbau mulut besar tetapi tiada maklumat pada enjin carian Google mengenai ikan kerbau yang berwarna oren,” katanya.

Justeru, dia meminta bantuan Lackmann yang mendedahkan bahawa ikan tersebut berusia sekurang-kurangnya 100 tahun selepas melakukan beberapa eksperimen.

Lackmann berkata, dia percaya usia lanjut ikan tersebut atau proses mutasi menyebabkan ikan itu berwarna oren dan menyerupai ikan emas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini