475 institusi pendidikan di Pasir Gudang ditutup hingga 27 Jun - Utusan Malaysia

475 institusi pendidikan di Pasir Gudang ditutup hingga 27 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sebanyak 475 institusi pendidikan dalam kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terletak di Pasir Gudang ditutup mulai esok hingga 27 Jun ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Azman Adnan berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 111 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan, tiga institusi pendidikan tinggi, 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 tadika swasta.

“Semua institusi pendidikan itu ditutup untuk kerja-kerja berkaitan mengatasi isu bahan punca pencemaran dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, beliau meminta semua pengetua dan guru besar dipohon untuk memaklumkan segera kepada semua murid, guru, ibu bapa serta kakitangan dalam kawalan mereka dan mengambil tindakan susulan berkaitan penutupan itu.

Tambahnya, pihak jabatan akan sentiasa membuat pemantauan rapi dan membantu sekolah-sekolah bagi memastikan kesejahteraan murid-murid berada dalam keadaan yang terbaik.

“Marilah kita bersama mendoakan supaya insiden ini akan dapat diatasi segera dan sekolah akan dapat beroperasi seperti biasa demi kebaikan para murid,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini