PUTRAJAYA – Seramai tujuh Sasterawan Negara menerima Elaun Penghargaaan Bulanan sebanyak RM5,000 sebagai tanda pengiktirafan kerajaan terhadap usaha dan sumbangan mereka.
Sasterawan yang menerima elaun itu adalah Datuk Seri A. Samad Said, Prof. Emeritus Muhammad Salleh, Datuk Noordin Hassan, Datuk Dr. Mohd Anuar Rethwan, Datuk Ahmad Khamal Abdullah, Datuk Baharuddin Zainal dan Datuk Zurinah Hassan.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan tambahan itu kepada Kementerian Pendidikan untuk pembiayaian elaun berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini











