Konsultasi rakyat, PTPTN terima hampir 35,000 maklum balas - Utusan Malaysia

Konsultasi rakyat, PTPTN terima hampir 35,000 maklum balas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima 34,469 maklum balas sepanjang tempoh empat minggu Konsultasi Rak­yat berakhir 13 Jun lepas.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan memberitahu, Konsultasi Rakyat memberi peluang kepada rakyat mempertimbang dan memberi pendapat mengenai mekanisme baharu bayaran balik serta langkah bagi menjamin ke­langsungan PTPTN agar dapat meneruskan pembiayaan kepada pelajar pada masa hadapan.

“Proses Konsultasi Rakyat yang bersifat menyeluruh ini menyediakan maklumat latar belakang secara mendalam bagi menggalakkan maklum balas konstruktif serta ber­asaskan fakta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“PTPTN juga memperluas skop agar pendapat boleh diperoleh bukan sahaja daripada peminjam, iaitu melibatkan pelbagai segmen rakyat yang mungkin tidak menye­dari akan dipe­ngaruhi keputusan dasar PTPTN terutamanya implikasi kewangan terhadap negara,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Pada Mei lepas, PTPTN menjalankan Konsultasi Rakyat bagi membantu kerajaan mencapai keputusan terbaik dalam menggubal dasar berkaitan perbadanan berusia 22 tahun itu.

Menurut Wan Saiful, maklum balas yang diterima sedang dikumpul dan dianalisis pasukan PTPTN termasuk Pasukan Panel Penasihat Bebas Konsultasi Rakyat sebelum diserahkan kepada Kementerian Pendidikan untuk dibentang kepada Kabinet bagi memulakan proses membuat keputusan.

“Terima kasih kepada rak­yat negara ini yang membantu PTPTN mengorak langkah ke hadapan. Di era Malaysia Baru ini, penglibatan rakyat dalam proses penggubalan dasar merupakan langkah wajar,” katanya.

Beliau menyifatkan kejayaan Konsultasi Rakyat sebagai bukti kesediaan rakyat untuk melihat kerajaan dan pembuat dasar mempraktikkan pendekatan inklusif melibatkan rakyat dalam proses membuat keputusan. 
– Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini