NUR-SULTAN – Seramai 40,000 orang dipindahkan dan berbelas lagi dimasukkan ke hospital selepas siri letupan di depot peluru di selatan Kazakhstan hari ini.
Kementerian Pertahanannya dalam kenyataan berkata, letupan tersebut berhampiran bandar Arys berpunca daripada kebakaran.
Katanya, ia menyebabkan letupan sebahagian simpanan peluru berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Tiada kematian atau kecederaan direkodkan,” jelas kenyataan itu.
Bagaimanapun, Radio Free Europe melaporkan lebih 50 dimasukkan ke hospital menurut sumbernya.
Sementara itu, Ketua Wilayah Turskestan, Umirzak Shukeyev berkata, mengikut skala insiden, pihaknya melihat perlu memindahkan semua orang di bandar itu. – AFP











