Pemilihan Kafa: Amril Aiman tetap bersemangat - Utusan Malaysia

Pemilihan Kafa: Amril Aiman tetap bersemangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Meskipun bukan calon popular untuk menerajui kerusi No.1 Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), usahawan muda Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz tetap bersemangat untuk merebut jawatan itu.

AMRIL AIMAN AB AZIZ

Tanpa berselindung, Amril Aiman menegaskan dia masih kekal fokus untuk terus menabur bakti dalam badan induk itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Amril Aiman berkata, sikap mengibarkan ‘bendera putih’ tiada dalam kamus perjuangan hidupnya, sebaliknya akan terus berusaha ‘memikat’ hati PBJ bagi mendapatkan sokongan untuk menyelamatkan Kafa.

“Soal bukan calon pilihan PBJ, itu tidak menjadi masalah. Apa yang penting saya akan terus bekerja keras untuk memberi keyakinan kepada PBJ tentang hasrat murni menyelamatkan Kafa.

“Saya memang ikhlas mahu menyelamatkan dan memulihkan semula Kafa. Pasukan saya sudah bersedia untuk meniup angin perubahan baharu dalam bola sepak Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Amril memberitahu, bagi memastikan hasrat itu terlaksana beliau telah menyediakan pelan perancangan yang komprehensif untuk menyelamatkan bola sepak Kelantan dan akan dibentangkan kepada PBJ dalam masa terdekat.

“Insya-Allah pelan ini adalah yang terbaik untuk memulihkan semula The Red Warriors (TRW),” ujarnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Kafa memutuskan kongres luar biasa (EGM) akan diadakan pada 6 Julai ini bagi memenuhi hasrat ahli gabungan badan induk itu.

Selain Amril, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman turut menawarkan diri untuk menyertai saiangan menduduki kerusi nombor satu itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini