Henti sebar manuskrip DSAI - Utusan Malaysia

Henti sebar manuskrip DSAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
PIMPINAN Parti Keadilan Rakyat (PKR), khususnya Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menjadi mangsa serangan baru-baru ini melalui sebaran manuskrip yang bertajuk Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM, wajar mendapatkan suatu perintah injunksi bagi menghalang atau menghentikan pengedarannya kepada orang ramai.

Jika benar sebahagian besar isi kandungan dalam manuskrip tersebut lebih menjurus kepada elemen fitnah sehingga mampu memburukkan reputasinya, Anwar sebagai pemimpin tiada pilihan melainkan mendapatkan satu perintah injunksi sebelah pihak terlebih dahulu (exparte injunction) terhadap penulis atas isu ugutan komersial tersebut.

Identiti penulis telah dikenal pasti, malah PKR dikatakan maklum tentang kesan jika permintaannya tidak dituruti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih mudah untuk menjadikan penulis upahan berkenaan sebagai defendan atau menghalang agennya dari menerbit serta mengedarkan manuskrip itu kepada orang ramai.


RAHMAD ISAHAK

Aktivis Politik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini