Tidak perlu pertahankan sekolah vernakular - Utusan Malaysia

Tidak perlu pertahankan sekolah vernakular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Semua pihak perlu menghentikan sebarang kenyataan mempertahankan isu sekolah vernakular yang dilihat tidak menyumbang ke arah pembentukan perpaduan kaum di negara ini.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd. Alif Anas Md. Noor berkata, ini kerana sistem tersebut hanya diasaskan atas faktor sejarah dan tidak pernah berada dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, sistem ini sebaliknya perlu dikaji semula kerana dilihat sebagai penghalang kepada usaha perpaduan pelbagai kaum di Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sedia maklum bahawa sekolah adalah tempat bagi pelajar menyerap kepelbagaian. Dan hal ini sama sekali tidak menghalang pelajar mengamalkan bahasa dan budaya asal dengan syarat bukan dalam urusan rasmi.

“Ini kerana sekolah vernakular hanya diasaskan atas faktor sejarah dan tidak pernah berada dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini