Dua lelaki rompak kedai emas di Kluang - Utusan Malaysia

Dua lelaki rompak kedai emas di Kluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG – Empat pekerja dan seorang pelanggan berdepan detik cemas apabila didatangi dua lelaki bersenjatakan tukul besi merompak sebuah kedai emas di Jalan Station di sini petang hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.55 petang itu, kedua-dua lelaki yang memakai topi keledar bertindak memecahkan pameran sebelum mengambil barang kemas.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, sejurus berjaya mengambil pelbagai barang kemas seperti rantai, cincin serta loket emas, suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna biru.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pusat Kawalan Kluang dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 2.55 petang melalui talian MERS 999.

“Suspek merupakan dua lelaki memakai topi keledar berwarna biru dan merah, berpakaian hitam serta berbadan kurus dengan ketinggian kira-kira 170 sentimeter,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Abduh berkata, jumlah kerugian masih belum dapat diketahui.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana rompak berkumpulan dan dengan bersenjata.

Justeru, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd. Hafizzam Semain di talian 018-942 3770 atau talian hotline Ibu pejabat Polis Daerah Kluang 07-7784 222 bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini