IMF yakin komitmen negara - Utusan Malaysia

IMF yakin komitmen negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan keyakinan terhadap komitmen negara ke arah pembaharuan institusi.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut menyifatkan pertemuan beliau dengan Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde di sini hari ini juga sebagai positif.

“Pihak IMF yakin yang kita komited dalam melaksanakan pembaharuan, termasuk melibatkan akta tanggungjawab fiskal dan akta perolehan selain mewujudkan pejabat pengurusan hutang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Elaun Penghargaan Bulanan RM5,000 Kepada Sasterawan Negara di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, langkah pembaharuan tersebut adalah komitmen negara bagi menjamin usaha mengkaji serta mengurus hutang dan liabiliti kerajaan.

“Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa apa berlaku pada masa lepas tidak akan dibenarkan berulang. Ini sebab kita laksanakan pembaharuan institusi ini,” katanya.

Berhubung pelaburan langsung asing (FDI), Guan Eng berkata, berlaku peningkatan signifikan bermula Mei dan seterusnya bagi Malaysia berbanding suku-suku tahunan sebelumnya.

“Selepas kerajaan baharu mengambil alih, FDI telah meningkat dari Mei ke Disember tahun lalu berbanding tempoh sama pada 2017,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini