Pemuda PH desak RoS ambil tindakan terhadap UMNO - Utusan Malaysia

Pemuda PH desak RoS ambil tindakan terhadap UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pemuda Pakatan Harapan (PH) hari ini menghantar surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak tindakan tegas dikenakan terhadap UMNO, susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beberapa cawangan parti berkenaan, menerima wang berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin ketika ditemui selepas menghantar surat berkenaan kepada RoS di sini berkata, Pemuda PH meminta RoS melakukan siasatan ke atas UMNO seiring dengan siasatan SPRM.

Menurutnya, wang sebanyak RM212 juta yang ingin dituntut SPRM daripada UMNO, sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara dan rakyat sebaliknya disalah guna oleh UMNO. – Bernama

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini