PUTRAJAYA – Selain memacu pertumbuhan negara, kerajaan dituntut memperkasa pelbagai bidang lain termasuk bahasa, sastera dan budaya.
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehubungan itu beliau berbangga terhadap insiatif oleh Kementerian Kewangan yang meluluskan Elaun Penghargaan Bulanan RM5,000 kepada Sasterawan Negara.
Katanya, ia adalah sesuatu agak jangkal apabila sebuah kementerian yang memfokuskan urusan kewangan, tetapi turut memberi tumpuan kepada bidang sastera.
“Bila negara memberikan pengiktirafan ini, ia adalah satu penghargaan daripada pihak kerajaan kepada sumbangan sasterawan.
“Namun tidak hanya cukup sekadar diberikan anugerah, jika tidak dipastikan anak dan rakyat menjadi khalayak yang membaca serta meminati karya-karya mereka,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Cek Elaun Sara Hidup Kepada Sasterawan Negara di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











