75 ‘calling centre’ judi diserbu - Utusan Malaysia

75 ‘calling centre’ judi diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan sebanyak 75 serbuan terhadap kondominium dan banglo mewah yang dijadikan pusat “calling centre’’ sindiket perjudian antarabangsa.

Daripada serbuan yang dilakukan sejak hujung tahun lalu sehingga kini sebanyak 1,228 individu yang berperanan sebagai operator telah ditahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, selain tangkapan, pihaknya juga merampas wang tunai berjumlah RM46,243.

“Selain itu, kita turut merampas pelbagai peralatan perjudian membabitkan 4,683 unit komputer dan telefon bimbit.

“Sindiket antarabangsa ini juga dikatakan menggunakan kemudahan media sosial seperti ‘Wechat’ untuk menarik pelanggan untuk berjudi,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini