Lelongan baju raya RM15 di ‘Open House Sales’, Rabu ini - Utusan Malaysia

Lelongan baju raya RM15 di ‘Open House Sales’, Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang masih dalam ‘mood’ raya boleh mendapatkan baju raya sedondon serendah RM15 di ‘Open House Sales’ di Hotel Dorsett Putrajaya, Ruang Legar Suria Mall, 26 Jun ini.

Penganjur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya akan membuat lelongan pakaian raya berkenaan bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

“Pengunjung boleh mendapatkan baju kurung dan baju Melayu kanak-kanak pada harga RM15 sepasang manakala baju kurung dewasa bermula RM35 dan baju kurta dari harga RM39,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain pakaian raya, pihaknya juga membuat jualan pakaian kanak-kanak, pakaian berjenama, kemeja, tudung dan pelbagai jenis pakaian berkualiti tanpa perlu membayar mahal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini