Isu peralihan jawatan PM sudah selesai - Anwar - Utusan Malaysia

Isu peralihan jawatan PM sudah selesai – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu melibatkan peralihan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada beliau telah pun selesai dan tiada masalah sama sekali antara mereka berdua.

Presiden PKR itu berkata, Perdana Menteri sudah menjelaskan bahawa apa yang termeterai akan ditunaikan.

“Soal tarikh dan sebagainya, itu di antara kami dan kita harus beri ruang siapa sahaja perdana menteri mesti diberi ruang untuk mentadbir dengan berkesan tanpa diganggu tentang jadual perletakan jawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya faham itu dan Tun juga faham. Bagi saya dan Tun, isu ini sudah selesai. Kalau ikutkan saya, saya berpuas hati,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan RM5,000 kepada Sasterawan Negara di sini hari ini.

Dr. Mahathir seperti dilaporkan hari ini, menegaskan pendiriannya akan menyerahkan jawatannya kepada Anwar dalam tempoh tiga tahun.

Persoalan sama ada Dr. Mahathir akan menyerahkan jawatannya kepada Anwar kembali dibangkitkan sejak minggu lalu ekoran kononnya dakwaan bahawa Ahli Parlimen Langkawi itu mahu Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali untuk menggalas jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Anwar menambah, beliau akan bertemu Perdana Menteri sebentar lagi untuk mendapatkan lebih kepastian, malah menegaskan, mereka berdua juga berjumpa setiap minggu.

Ditanya tentang isu berbangkit melibatkan tempoh tiga tahun disebut Dr. Mahathir itu, Ahli Parlimen Port Dickson tersebut menjelaskan, itu adalah satu andaian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini