Sindiket terbesar dadah teh Cina tumpas  - Utusan Malaysia

Sindiket terbesar dadah teh Cina tumpas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah terbesar di Selangor menggunakan bungkusan teh cina tumpas dalam serbuan di sebuah rumah teres di Subang Jaya di sini, Jumaat lalu.

Dalam serbuan pukul 3 petang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor itu merampas 556.2 kilogram (kg) syabu bernilai RM27.8 juta. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati sindiket tersebut baharu sahaja beroperasi tiga bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, rumah teres tersebut pula dijadikan stor penyimpanan dadah sejak 18 hari lalu.

“Kesemua dadah itu ditemui di ruang tamu dan di dalam kenderaan pelbagai guna ( MPV) jenis Toyota Alphard yang disewa sindiket di tempat meletakkan kenderaan rumah itu.

“Kita turut menahan dua ahli sindiket masing-masing berusia 18 dan 28 tahun yang merupakan pembantu kedai serbaneka dan penganggur serta berasal dari Sarawak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut dirampas adalah sebuah kenderaan Proton Exora yang juga disewa oleh sindiket itu. 

Beliau memberitahu, hasil siasatan awal mendapati dadah itu diperoleh di sekitar Lembah Klang untuk pasaran di kawasan sama serta Johor.

Tambah Noor Azam, dadah itu juga didapati akan dieksport ke Taiwan, Indonesia dan Korea.

“Setiap bungkusan dadah seberat satu kg itu bernilai RM50,000 dan mampu mencecah harga sekali ganda jika dijual di luar negara.

“Dadah itu jika terlepas di pasaran boleh digunakan oleh seramai 2.7 juta penagih,” ujarnya. 

Jelas beliau, bungkusan teh Cina kerap digunakan sindiket bagi mengaburi pihak berkuasa susulan masyarakat di Korea amnya kerap meminum teh itu. 

“Kedua-dua suspek dengan salah seorang daripadanya mempunyai lapan rekod lampau berkaitan dadah kini direman selama tujuh hari. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini