Garis panduan tutup ruang pengaruhi ahli Pas - Utusan Malaysia

Garis panduan tutup ruang pengaruhi ahli Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Muktamar Pas yang menetapkan empat empat garis panduan yang akan diguna pakai dalam kerjasama antara parti itu dan UMNO, bakal menutup ruang pihak Pakatan Harapan (PH) untuk mempengaruhi atau mewujudkan keraguan dalam kalangan ahli Pas.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, ia juga menjadikan kerjasama antara ahli kedua-dua parti itu lebih berfokus dan berkesan, sekali gus mengangkat konsep perpaduan dianjurkan Islam.

Menerusi konsep ta’awun pula, kata beliau, Pas telah berjaya meneroka dan mempraktikkan amalan politik dan menguatkan suara politik masyarakat Islam, di samping menghormati budaya masyarakat majmuk di dalam negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Paling penting, diyakini bahawa parti-parti komponen PH akan kehilangan peluru untuk menyerang hubungan baik di antara dua parti ini.

“Jadi, saya mengingatkan pihak PH dan DAP, khususnya, agar janganlah melatah tentang jalinan baik di antara Pas-UMNO hari ini.

Semalam, Muktamar Pas memuktamadkan secara rasmi kerjasama politik dengan UMNO yang sekali gus mengulangi sejarah politik pada 1978.

Parti itu menetapkan empat panduan bagi menjayakan ta’awun politik dua parti induk orang Melayu tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini