MIRI – Penyelam yang hilang ketika sedang melakukan selaman di perairan Miri pada petang semalam ditemukan maut hari ini.
Maritim Malaysia dalam satu kenyataan berkata, mayat Sim How Hua, 41, dijumpai tersangkut pada tali bubu di 4.1 batu nautika barat laut Miri oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.50 pagi.
“Mayat mangsa tiba di Jeti Marina pukul 11.15 pagi dan dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.
Sebelum ini, mangsa yang memakai peralatan menyelam lengkap telah hilang di lokasi 4.5 batu nautika barat laut di perairan Miri pada pukul 4.10 petang ketika melakukan selaman.
Operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada pukul 9.40 malam tadi setelah menerima laporan mengenai kehilangan penyelam itu pada pukul 9.35 malam. – BERNAMA











